Sunday, March 4, 2012

cermin mata yang hilang..

Assalamualaikum,

pertama sekali aku nak korang ambil pengajaran atas apa yang akan saya ceritakan nanti ni.

kisah nya bermula pada satu hari(aku pon tak ingat hari apa)waktu tu orang lain sedang berebut-rebut ambil air wuduk untuk solat zuhur.aku pon tompang lah sekali menyesakkan tempat ambil wuduk dekat surau sekolah tu,lalu aku tanpa segan silu nya menanggalkan cermin mata aku dan meletakkan diatas tempat ambil wudu' tu.dan selepas selesai nya mengambil wudu' aku dengan perasaan yang tidak tahu apa-apa terus solat zuhur.selesai solat zohor dengan tidak ingat apa-apa pasal cermin mata tu terus jer lah balik ke asrama untuk menikmati makan tengahari di dewan makan asrama.waktu terus berlalu tanpa sebarang tanda-tanda untuk mengingati balik pasal cermin mata tu lalu dengan izin Allah pada malam tu lepas balik study malam hati terdetik untuk cek beg sekolah tiba-tiba aku dapat merasakan ada sesuatu yang hilang iaitu CERMIN MATA aku mula lah risau dan gelabah ikut kan hati nak jer aku naik keatas pergi ke surau ambil balik cermin mata aku,tapi disebabkan faktor aku ni bukan lah berani sangat dan di tambahkan pulak hari hujan selebat-lebatnya aku batalkan jer lah niat aku tu, dan aku bermonolog dalam hati "dah sah-sah lah hilang lagi-lagi waktu maghrib ni budak laki dok gi solat kat situ" waktu tu hanya Allah jer yang tahu hati aku macam mana rasa macam nak nangis pon ada tapi aku tahan kalau tak nanti kantoi aku cepat nangis!.aku hanya mampu berdoa jer.

keesokan harinya ,

dengan harapan yang agak tipis aku terus pagi-pagi tu pergi ke sekolah dengan perasaan seram sejuk(cermn mata punya pasal sanggup gi sekolah sorang-sorang)hancur luluh hati aku apabila mendapati spek aku tak ada dekat situ puas aku cari dalam longkang pon tak ada.memang sah lah dah hilang tahap tak boleh jumpa dah ni,hari-hari yang aku lalui tak ceria dengan hilangnya spek aku tu.petang khamis(tak ingat bapa hari bulan)aku telefon mak aku dengan perasaan serba salah bagi tahu pasal kehilangan spek tu dan nak bagi tahu pasal balik cuti raya cina.alhamdulillah mak aku tak marah langsung dan mak aku cakap buat jer batu lagipun spek tu dh lama dah aku pakai.

jadi pengajaran disini adalah

1. jangan lalai
2. fokus
3. peka

Wallahualam._____.

1 comment: