Tuesday, June 4, 2013
Hei masalah saya ada Allah lah!
Dalam hidup ni kita tak akan pernah lari daripada pelbagai masalah dan dugaan. Dugaan yang menimpa pulak bermacam-macam ragam.Sampai kadang-kadang kita rasa fed up dan kecewa sangat, rasa hidup ni membosanka( na'uzubillah).Tapi kita pernah terfikir tak Allah datangkan masalah dan dugaan ni sebab Allah nak uji balik keimanan dan kesabaran hamba-Nya.Ya, saya mengaku saya juga kadang-kadang tidak mampu nak mengawal tekanan yang saya hadapi tapi cuba kita sama-sama muhasabah, Allah bagi kita dugaan sebab Allah tak nak kita terus hanyut dengan kenikmatan duniawi ni. Cuba kita ambil masa 5 minit sebelum tidur untuk bermuhasabah, fikirkan apa yang kita buat hari ini. Keimanan kita mungkin bertambah ataupun makin berkurang?.Benda ni akan buat kan diri kita sedar.Contohnya, kenapalah hari ni kita rasa tak tenang jer, macam-macam masalah datang. Mungkin pada hari sebelum-sebelum ni kita banyak lalai. Nampak tak?
Ok penyeselaian nya ada pada diri kita sendiri. Kita perlu sedar akan kesalahan kita. Muhasabah balik, banyakkan berzikir, buat solat sunat, berpuasa sunat. Ambil masa sedikit untuk membaca Al-qur'an, kalau kita malas sangat nak baca banyak-banyak kita baca jer 1 mukasurat dan fahamkan maknanya, pasti hati kita akan tenang dan segala masalah tadi seakan-akan lenyap. Betapa hebatnya Al-qur'an, pelbagai penawar ada dalam Al-qur'an, kita je tak sedar.Jadi kita hidup ni kena banyak memperbaiki diri sebab hari-hari kita didedahkan dengan pelbagai situasi baru.Tempat yang paling baik kita nak mengadu hanya pada Allah Subhana wa ta'ala.Allah pasti mendengar segala rintihan kita, walaupun kita banyak timbulkan murka-Nya.Allah tetap bagi rezeki pada kita walaupun kita jarang-jarang bersyukur. Jadinya terapi yang paling bagus adalah muhasabah diri dan rasa diri ini bertuhan. Insya Allah segala masalah akan sikit-sikit hilang. Jom muhasabah!
Sesungguhnya Allah bersama kita^_^
p/s:pesanan buat diri ini jua...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment