Kisah ini benar berlaku kepada seorang rakyat Malaysia yang bekerja di US.
wanita ini seorang yang sentiasa menjaga auratnya, baik akhlaknya.dia dalam perjalanan pulang
daripada tempat kerjanya.dia ingin segera pulang ke rumah jadi dia mengambil keputusan untuk menggunakan jalan yang singkat dengan melalui sebuah lorong yang gelap.
Dia berasa sangat takut apabila melihat seorang lelaki berkulit putih sedang memandangnya dari jauh.jadi dia membaca ayat kursi dengan penuh mengharap agar lelaki itu tidak mengapa-apakan dia.dia berjalan melepasi lelaki itu, dia bersyukur tidak diapa-apakn oleh lelaki itu.
sampai sahaja di rumah dia menonton berita dan dia terkejut apabila ada seorang wanita telah dirogol dilorong yang dia lalui tadi.dia berasa musykil kerana hanya 15 minit yang lalu dia lalu disitu.keesokannya dia pergi ke balai polis dia meminta kebenaran daripada polis itu untuk berjumpa dengan lelaki yang dimaksudkan didalam berita semalam.
Dia berasa terkejut apabila lelaki itu adalah lelaki yang dia jumpa dilorong itu.lalu dia bertanya ''kenapa awak
tidak mengapa-apakan saya pada malam itu?'' lelaki itu menjawab"disebelah kiri dan kanan awak ada dua orang lelaki sebab itu saya tidak mengapa-apakan awak mala itu.dia berasa amat terkejut sedangkan dia keseorangan pada malam itu.die yakin itu semua pertolongan daripada Allah.
jadi marilah kita bersama-sama selalu mengamalkan ayat kursi terutama selepas solat besar fadilatnya.
wallahualam.
No comments:
Post a Comment