Wednesday, September 5, 2012

KENAPA AWAK LETAK JARI AWAK ATAS NYALAAN API?

Seorang pelajar wanita sedang berlari-lari untuk mencari tempat perlindungan kerana telah berlaku sebuah rusuhan di tempatnya mengulangkaji pelajaran.dia melihat ada sebuah masjid, dia terfikir mungkin dia boleh meminta pertolongan daripada orang yang berada di dalam masjid.setibanya di dalam masjid, dia melihat ada seorang lelaki yang sedang khusyuk membaca al-quran.lalu....

pelajar wanita: assalamualaikum

lelaki itu berhenti daripada mengaji dan menjawab salam tanpa berpaling sedikit pun.

lelaki: apa yang awak mahu?baik awak keluar sekarang kerana kita hanya berdua sahaja di dalam masjid ini takut ada orang yang curiga dengan kita.

pelajar wanita: tapi di luar sana sedang berlaku rusuhan,saya hanya ingin meminta pertolongan awak .

lelaki: baiklah awak duduk di situ diam diam.

lelaki  itu menyalakan sebatang lilin lalu dia melalukan jarinya dia atas nyalaan api itu.pelajar itu berasa hairan kenapa lelaki itu berbuat demikian tetapi dia tidak berani untuk menanyakan hal tersebut.dia hanya berdiam diri sambil menuggu rusuhan reda.
30 minit kemudian

lelaki: rusuhan di luar sudah berhenti awak boleh pulang sekarang.

pelajar wanita: nanti dulu kenapa awak letak jari awak atas nyalaan api tu?

lelaki itu berdiam diri sahaja tanpa berkata apa-apa, dan dia berkata

lelaki: sewaktu tadi, syaitan membisikkan kepada saya untuk saya menyentuh awk.jadi saya berbuat demikian untuk mengingatkan diri saya akan azab Allah yang tidak terperi.ini baru bahang api daripada nyalaan sebatang lilin belum lagi bahang api neraka.

pelajar perempuan itu terpegun dengan peribadi pemuda itu yang baik dan takut akan azab Allah.persoalannya sekarang masih adakah pemuda pemudi yang macam ini?ya, mungkin masih ada  tapi tidak banyak.jadi jika kita menjaga batas-batas syariat mungkin terpelihara diri kita dari melakukan maksiat.fikir-fikirkan lah.

wallahualam....


No comments:

Post a Comment