Sedar tak sedar dah nak ke penghujung tahun 2012 dah,umur semakin meningkat,tahun depan dah nak PMR(bagi saya lah) dan macam-macam lagi.persoalan nya sekarang cukup dah ke segala amalan yang kita lakukan selama kita hidup ni, banyak dah ke ibadah yang kita buat?mantap dah ke iman kita?taat dah ke kita ni dengan perintah Allah?tepuk dada tanya iman.^_^
Dekat sini nak "share" kata-kata tentang kehidupan
kehidupan akan kosong apabila kita alpa akan pencipta,
kehidupan akan menyusahkan jika kita sering mengeluh,
kehidupan akan musnah apabila akidah kita tipis,
kehidupan akan tersasar jika kita lari daripada Al-qur'an dan as-sunah,
kehidupan akan gelap apabila kita sering bersuka ria tanpa batasan.
kehidupan hanya akan bahagia apabila kita semua hamba Allah bersatu mengingati-Nya dan patuh atas segala perintah-Nya.
kesimpulannya kita ni hanya lah hamba yang lemah dan mempunyai banyak dosa cuma amalan dan ibadah yang dilakukan sahaja yang membezakan kita.semoga terus berusaha mengejar keredaan Allah^__^
wallahu'alam
peringatan utk saya dan kita semua yang sering alpa ni^__^
ReplyDelete