Tuesday, June 4, 2013

Hei masalah saya ada Allah lah!

 
      Dalam hidup ni kita tak akan pernah lari daripada pelbagai masalah dan dugaan. Dugaan yang menimpa pulak bermacam-macam ragam.Sampai kadang-kadang kita rasa fed up dan kecewa sangat, rasa hidup ni       membosanka( na'uzubillah).Tapi kita pernah terfikir tak Allah datangkan masalah dan dugaan ni sebab Allah nak uji balik keimanan dan kesabaran hamba-Nya.Ya, saya mengaku saya juga kadang-kadang tidak mampu nak mengawal tekanan yang saya hadapi tapi cuba kita sama-sama  muhasabah, Allah bagi kita dugaan sebab Allah tak nak kita terus hanyut dengan kenikmatan duniawi ni. Cuba kita ambil masa 5 minit sebelum tidur untuk bermuhasabah, fikirkan apa yang kita buat hari ini. Keimanan kita mungkin bertambah ataupun makin berkurang?.Benda ni akan buat kan diri kita sedar.Contohnya, kenapalah hari ni kita rasa tak tenang jer, macam-macam masalah datang. Mungkin pada hari sebelum-sebelum ni kita banyak lalai. Nampak tak?

     Ok penyeselaian nya ada pada diri kita sendiri. Kita perlu sedar akan kesalahan kita. Muhasabah balik, banyakkan berzikir, buat solat sunat, berpuasa sunat. Ambil masa sedikit untuk membaca Al-qur'an, kalau kita malas sangat nak baca banyak-banyak kita baca jer 1 mukasurat dan fahamkan maknanya, pasti hati kita akan tenang dan segala masalah tadi seakan-akan lenyap. Betapa hebatnya Al-qur'an, pelbagai penawar ada dalam Al-qur'an, kita je tak sedar.Jadi kita hidup ni kena banyak memperbaiki diri sebab hari-hari kita didedahkan dengan pelbagai situasi baru.Tempat yang paling baik kita nak mengadu hanya pada Allah Subhana wa ta'ala.Allah pasti mendengar segala rintihan kita, walaupun kita banyak timbulkan murka-Nya.Allah tetap bagi rezeki pada kita walaupun kita jarang-jarang bersyukur. Jadinya terapi yang paling bagus adalah muhasabah diri dan rasa diri ini bertuhan. Insya Allah segala masalah akan sikit-sikit hilang. Jom muhasabah!


Sesungguhnya Allah bersama kita^_^

p/s:pesanan buat diri ini jua...

Monday, June 3, 2013

Tuesday, November 20, 2012

ZAMAN MUDA-MUDA

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM....


Apa khabar iman sahabat-sahabat saya.kaifahaluk?semoga sentiasa di bawah reda-Nya.^_^\


Apa yang kita buat selama menjadi "muda" ni.adakah kita banyak beribadah?banyak berhibur?.rasa-rasa kita kumpulan yang mana satu?persoalan ini memang tidak boleh dijawab dengan mulut,tapi jawab dengan menggunakan hati kita.sejauh mana dah kita "selami" agama kita(ISLAM).pada yang dalam perjalanan mencari erti "Indahnya Hidup Bertuhan"teruskanlah usaha anda dan yang masih baru hendak mula kita sama-sama berusaha mencari nikmat itu, dan semoga ALLAH permudahkan urusan kita (amin).setuju atau tidak kalau saya cakap zaman muda-muda ni sangat berharga buat kita?sebab apa saya kata berharga, kerana zaman muda-muda nilah kita nak cari identiti kita, cari erti sebenar kehidupan, memperbanyakkan beribadah.zaman muda nilah kena digunakan dengan baik supaya "zaman tua' nanti kita tidak jahil agama, tidak mudah lupa daratan, tidak mudah alpa dengan ALLAH.

pada hari ini kita masih mempunyai kekuatan diri masih boleh buat kerja-kerja berat.masih boleh solat berdiri tak perlu solat atas kerusi.boleh lagi pergi kelas-kelas agama, boleh lagi belajar ilmu agama.perasan tak kita sekarang ni banyak kalah dengan hawa nafsu kita sendiri.kita lagi suka pergi berhibur daripada beribadah.sebab apa kita jadi begini?sebab kita jauh dengan ALLAH, macam mana kita boleh jauh dari ALLAH?sebab kita tidak banyak mengingati ALLAH, nampak tak pusingan nya dekat persolan ini.jadi macam mana kita nak lawan hawa nafsu kita ni?kita kenalah banyak beribadah, zikrullah, bersedekah, dan yang paling penting banyakan berdoa semoga ALLAH kuatkan semangat kita melawan hawa nafsu (amin).

Diriwayatlan oleh UQBAH BIN 'AMIR, RASULULLAH S.A.W bersabda yang bermaksud "SESUNGGUHNYA ALLAH AZZAWAJALLA 'KAGUM' DENGAN PEMUDA YANG TIDAK TERDAPAT KECENDERUNGAN MENURUTI HAWA NAFSU PADA DIRINYA."(RIWAYAT AHMAD)

nah jelas lah disini ALLAH sangat menyayangi kita.kalau kita berpegang dengan agama kita, bukan nya dengan hawa nafsu semata.jadi apa tunggu lagi marilah bersama-sama kita mencari "Nikmat hidup bertuhan" dan jangan lupa akan tugas kita dalam mencari ilmu, muda-muda nilah kita isi dengan ilmu yang bermanfaat, sebab masa nilah kita masih lagi kuat ingatan dan tak mudah lupa.kalau kita rasa lemah je  tak bersemangat kita kena balik kepada senjata kita iaitu tidak lain tidak bukan BERDOA, tak kira lah waktu senang atau susah kita kena sentiasa berdoa. ingat, kalau nak ALLAH ingat kita waktu susah, banyakkan lah berdoa pada waktu senang, dan ingat lagi "menuntut ilmu pada waktu muda sama seperti ukiran yang dibentuk di atas batu tak mudah luntur sedangkan menuntut  ilmu pada  waktu tua seperti ukiran yang dibentuk di atas air cepat mengalir.jadi renung-renungkanlah.semoga sama-sama kita manfaat kan masa muda kita ini dengan banyak beribadah dan banyak juga mengingati ALLAH AZZAWAJALLA (IN SHAA ALLAH).

p/s:jangan lupa mendokan saudara kita di PALESTIN yang sedang bertarung nyawa menegakan agama ALLAH, semoga ALLAH permudahkan (amin).


wallahu 'alam..^_^


Thursday, November 1, 2012

KEHIDUPAN

Sedar tak sedar dah nak ke penghujung tahun 2012 dah,umur semakin meningkat,tahun depan dah nak PMR(bagi saya lah) dan macam-macam lagi.persoalan nya sekarang cukup dah ke segala amalan yang kita lakukan selama kita hidup ni, banyak dah ke ibadah yang kita buat?mantap dah ke iman kita?taat dah ke kita ni dengan perintah Allah?tepuk dada tanya iman.^_^

Dekat sini nak "share" kata-kata tentang kehidupan

kehidupan akan kosong apabila kita alpa akan pencipta,
kehidupan akan menyusahkan jika kita sering mengeluh,
kehidupan akan musnah apabila akidah kita tipis,
kehidupan akan tersasar jika kita lari daripada Al-qur'an dan as-sunah,
kehidupan akan gelap apabila kita sering bersuka ria tanpa batasan.
kehidupan hanya akan bahagia apabila kita semua hamba Allah bersatu mengingati-Nya dan patuh atas segala perintah-Nya.

kesimpulannya kita ni hanya lah hamba yang lemah dan mempunyai banyak dosa cuma amalan dan ibadah yang dilakukan sahaja yang membezakan kita.semoga terus berusaha mengejar keredaan Allah^__^

wallahu'alam


Wednesday, September 5, 2012

KENAPA AWAK LETAK JARI AWAK ATAS NYALAAN API?

Seorang pelajar wanita sedang berlari-lari untuk mencari tempat perlindungan kerana telah berlaku sebuah rusuhan di tempatnya mengulangkaji pelajaran.dia melihat ada sebuah masjid, dia terfikir mungkin dia boleh meminta pertolongan daripada orang yang berada di dalam masjid.setibanya di dalam masjid, dia melihat ada seorang lelaki yang sedang khusyuk membaca al-quran.lalu....

pelajar wanita: assalamualaikum

lelaki itu berhenti daripada mengaji dan menjawab salam tanpa berpaling sedikit pun.

lelaki: apa yang awak mahu?baik awak keluar sekarang kerana kita hanya berdua sahaja di dalam masjid ini takut ada orang yang curiga dengan kita.

pelajar wanita: tapi di luar sana sedang berlaku rusuhan,saya hanya ingin meminta pertolongan awak .

lelaki: baiklah awak duduk di situ diam diam.

lelaki  itu menyalakan sebatang lilin lalu dia melalukan jarinya dia atas nyalaan api itu.pelajar itu berasa hairan kenapa lelaki itu berbuat demikian tetapi dia tidak berani untuk menanyakan hal tersebut.dia hanya berdiam diri sambil menuggu rusuhan reda.
30 minit kemudian

lelaki: rusuhan di luar sudah berhenti awak boleh pulang sekarang.

pelajar wanita: nanti dulu kenapa awak letak jari awak atas nyalaan api tu?

lelaki itu berdiam diri sahaja tanpa berkata apa-apa, dan dia berkata

lelaki: sewaktu tadi, syaitan membisikkan kepada saya untuk saya menyentuh awk.jadi saya berbuat demikian untuk mengingatkan diri saya akan azab Allah yang tidak terperi.ini baru bahang api daripada nyalaan sebatang lilin belum lagi bahang api neraka.

pelajar perempuan itu terpegun dengan peribadi pemuda itu yang baik dan takut akan azab Allah.persoalannya sekarang masih adakah pemuda pemudi yang macam ini?ya, mungkin masih ada  tapi tidak banyak.jadi jika kita menjaga batas-batas syariat mungkin terpelihara diri kita dari melakukan maksiat.fikir-fikirkan lah.

wallahualam....


Monday, September 3, 2012

Saturday, September 1, 2012

KELEBIHAN AYAT KURSI

Kisah ini benar berlaku kepada seorang rakyat Malaysia yang bekerja di US.
wanita ini seorang yang sentiasa menjaga auratnya, baik akhlaknya.dia dalam perjalanan pulang
daripada tempat kerjanya.dia ingin segera pulang ke rumah jadi dia mengambil keputusan untuk menggunakan jalan yang singkat dengan melalui sebuah lorong yang gelap.

Dia berasa sangat takut apabila melihat seorang lelaki berkulit putih sedang memandangnya dari jauh.jadi dia membaca ayat kursi dengan penuh mengharap agar lelaki itu tidak mengapa-apakan dia.dia berjalan melepasi lelaki itu, dia bersyukur tidak diapa-apakn oleh lelaki itu.

sampai sahaja di rumah dia menonton berita dan dia terkejut apabila ada seorang wanita telah dirogol dilorong yang dia lalui tadi.dia berasa musykil kerana hanya 15 minit yang lalu dia lalu disitu.keesokannya dia pergi ke balai polis dia meminta kebenaran daripada polis itu untuk berjumpa dengan lelaki yang dimaksudkan didalam berita semalam.

Dia berasa terkejut apabila lelaki itu adalah lelaki yang dia jumpa dilorong itu.lalu dia bertanya ''kenapa awak
tidak mengapa-apakan saya pada malam itu?'' lelaki itu menjawab"disebelah kiri dan kanan awak ada dua orang lelaki sebab itu saya tidak mengapa-apakan awak mala itu.dia berasa amat terkejut sedangkan dia keseorangan pada malam itu.die yakin itu semua pertolongan daripada Allah.

jadi marilah kita bersama-sama selalu mengamalkan ayat kursi terutama selepas solat besar fadilatnya.
wallahualam.